Wednesday 3 August 2011

Kelebihan Ramadan

-Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi
(s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila
melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia
memuji Allah ( kerana kedatangan bulan rahmat
dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian
dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan
diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan
ini.

-Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya
dengan adanya malam Lailatul Qadar yang
dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan
pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang
yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar
dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa
kepada Allah, disamping sembahyangnya yang
sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.

-Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda
apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah
olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :
(Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan
aku dan telah menjadikan engkau, dan telah
menentukan bagi engkau pangkat-pangkat
(darjah) dan telah menjadikan engkau tanda
(kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya
bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan
firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu,
bahwa Aku telah merdekakan daripada api
neraka, atau dibacakan :
(Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan
keamanan dan keimanan dan dengan
keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan
engkau Allah.)

-Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga
berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun
ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan.
Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin
di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-
longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran
daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga
yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya
menawan seluruh perasaan nurani. Maka
berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di
atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah
bidadari : Adakah orang yang hendak meminang
kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah
malam ini namanya? jawab Malek Ridwan
(malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah
malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai
Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk
orang-orang yang berpuasa daripada umat
Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah
pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad
(s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan,
lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak
membinasakan umat Muhammad akan
puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap
malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang
meminta ampun? Akan Aku ampunkan!

Saturday 4 June 2011

bila saya dah takde....

hari tu kita jln sambil bergurau , tpi lagy best awk bagi hadiah tuu..tu lah hadiah saya tak blh lupa , senyuman manis awk ^^ , esokesok bila saya dah tak boleh jln saya nak awak
mengiringi saya , masa ni saya dah tak boleh nak panggil awak macam selalu , awak yang kena
datang .Masa ni jugak saya................................................. nak hadiah
lagi tapi saya dah taknak senyuman awak tu . Saya
nak Al-Fatihah . Awak bacakan untuk saya k sebab
saya dah tak boleh baca sendiri . Lepastu , bila ada
orang letak saya bawah papan , awak jangan

menangis atau cari saye sebab saya dah tak boleh
tegur awak . Janji k !!! Friendship forever . (^^) .
 ^^ , saya sayang awk sgt...^,^

Tuesday 3 May 2011

Pantun

Orang Tabligh,
Lari!!Larii! Orang Tabligh dtg,
Yg tadi ramai,sekelip mata je dah ilang,
Yg td segar bugar dah tido terlentang,
Yg sakit kaki pun bleh terjun tingkap lari
lintang pukang,
Heh..betul la kata orang,
Nak ajak manusia pada Allah bukannya keje
senang.
Orang Tabligh,
Ajak keluar khuruj,
bukannya nanti x pulang,
Yg baru dapat gaji pun kata xde duit,
nak bayar hutang,
Yg tadi sihat pun tiba2 migrain plak datang,
Yg menganggur pun buat2 sibuk bukan
kepalang,
Heh, dakwah ni takat cakap je mmg la
senang,
Cuba buat, mmg nak kena sabar,nak kena
tenang,
Lain la kalau ajak pada dunia, bondong2 org
dtg.
Orang Tabligh,
Lorong ke lorong,
hati ke hati,
pintu ke pintu,
Jumpe sumer orang tak pilih bulu,
Dari ustaz sampai le kutu,
Sume nak ditemu,
Nak diajak pd Allah yg satu.
Orang Tabligh,
Jalan bawak periuk belanga,
Dipandang org takat sebelah mata,
Dituduh jahil,tinggal dunia perkara biasa,
Walaupun kekadang pedih gak telinga,
Nabi dulu2 pun kan selalu kena,
Dituduh dusta, dipanggil gila,
Itu Nabi, apatah lagi kita,
Yg banyak salah,yg banyak dosa,
Takpe2, Allah kan ada,
Yg Maha Mengetahui,
yg mana intan, yg mana kaca.
Orang Tabligh,
Kekadang buat silap...adat la manusia,
Mmg tgh nak belajar2 tiru sahabat(r. anhum)
yg dah terbukti berjaya,
Terpancung, terlaser..sori,bukannya
sengaja,
Nak dapat hikmah dlm berdakwah mmg
amik masa,
Kena keluar lagi dan lagi la nampaknya.
Orang Tabligh,
Ada kat mana2,Kat US, Afrika, kat Israel pun
ada,
Dari petani, engineer, sampai la Raja,
Pelbagai adat, perangai beza2,
Tapi bleh makan dlm dulang yg sama,
Bila keluar jemaah sumer dilayan serupa,
Bila nak berpisah..isk2. .kluar plak air mata.
Orang Tabligh,
Nak hidupkan sunnah Nabi,
Janggut, jubah,seluar atas buku lali,
Kalau nak diikutkan, mmg ader byk lagi,
Kekadang tu kena gak perli,
"Kita skang kan di zaman IT""Tak main la
sunnah2 nih!"
Jgn la mcm tu bang, kita kan nanti mati,
Kang menyesal esok, sapa yg rugi?Kan diri
sendiri..
Orang Tabligh,
Manusia biasa, ada hati,
Sedih bila diperli,sakit bila dimaki,
Bila tinggalkan rumah, rindukan famili,
Kalau nak ikutkan hati, mmg nak dok rumah,
bergurau dgn bini,Or ajak anak main lari2,
Or layan PS2 sampai pagi,
Tapi untuk mengejar kebahagiaan abadi,
Kena korban lagi dan lagi,
Yela..hidup ni kan cuma sekali,
Kalau sekang tak buat jyunbi(persiapan) ,
bila lagi?
Orang Tabligh,
Malam2 doa hidayat,
Fikir risau,camne nak selamatkan umat,
Supaya di akhirat suk semua selamat,
Orang skang ingat hidayat bleh senang2
dapat,
Tak perlu susah2,tak perlu keringat,
N tak mau plak jumpe masyarakat,
Just bz buat ibadat,
Kalau camtu xde la kita ni "The Best
Ummat".
Orang Tabligh,
"Apsal la ulama India yg jadik ikutan??
"Mmmm...kan Nabi dulu dah pesan,
Sape saja yg bawak kebenaran,
Tak kisah la orang Arab ke bukan,
Sume kena bagi sokongan,
Yg Allah pandang bukan luaran tapi kan
Iman,
Bab mazhab jgn bimbang still sendiri punye
pegangan,
So x jadik masalah la kan?
Orang Tabligh,
Ajak keluar 3 hari,"I can't go..sorry!"
Yg dah kawin tak nak berenggang dgn
isteri,
Yg si isteri mati2 tak nak suami dia pergi,
Berderai2 air mata keluar mcm air pili,
"Kalau abg nak gi jugak, antar saya blik
kampung esok pagi!!
"Heh, org laki mmg lemah bab air mata nih,
Si suami pun letak balik beg,tak jadik pergi,
Yg td josh(bersemangat) tak ingat pon,
jadik lemah seluruh sendi,
Kes2 camni mmg byk terjadi,
Bleh tgk dgn mata kepala sendiri,
Tp kalau bab dunia(cth:kursus naik
pangkat),"
"no prob.,anytime kamiready!
"Si isteri lambai pemergian suami dgn
wajah berseri2,
Hey, of course la, nanti husband I dpt naik
gaji,
Wife mana la yg tak happy,
Heh..ni la realiti,Bab dunia,
tak yah diajak pun semua pakat2 reti,
Bab akhirat, masing2 buat x kesah,x amik
peduli,
Ya Allah selamatkan lah kami!
Orang Tabligh,
Bukan nak takhta,
harta, ataupun kuasa,
Atau nak berlagak mcm dah tera,
Tak jugak nak kafirkan sape2,
Atau sibuk2 pergi mintak derma,
Cuma nak amalkan agama yg sempurna,
Dgn korbankan sendiri punya diri,duit dan
masa,
Nak selamatkan manusia kesemuanya,
Dari kena masuk neraka,
Nak supaya Allah redha,
masukkan kita dlm syurgaNya,Itu saja...
Orang tabligh,
Seluruh dunia...naik kapalterbang. ..pakai
selipar jepun sahaje...
Ikhlas,..no sponsor....no subsidy.....passport
penuh cop many countries..
Ade yang kerja tukang kebun sahaja...nak
tanya nafkah batin?
Balik dari keluar, macam pengantin baru...
sama seperti balik dari fardhu haji........ ..
Sayangkan bini tingal-tinggalkan. ..
sayangkan anak...rotan digantungkan. .....
sunnah nabi...bukan untuk mendera...
speed limit sahaja...
kenapa sibuk dakwah orang..
keluarga, anak isteri belum betul lagi..
Nabi Nuh A.S. , anak isteri tak mau ikut...
kalau Nabi Nuh ikut teoritersebut,
tak naik bahteralah jadiknye...
Abu Jahal bapa saudara Nabi Muhammad
SAW tak mau ikut..
Kalau Nabi Muhammad SAW ikut teori
tersebut...
tak buat dakwahlah Nabi....
tak sampailah Islam ke M'sia ni...
Orang Tabligh,
Selekehkah, tak de ilmu,compang camping
kah, berbaulah..
itu mungkin segelintir & cerita lama
agaknya.
You can't blame the teachers.
You have to blame the distortions
andignorance of their followers.
Balighuanni walau ayah...
Saidina Abu Bakarreceived the first kalimat
terus buat dakwah...
if he waits tunggu complete ilmu,
he will not be top performers after Nabi
Muhammad SAW.
Global politic & economy with no borders &
chauvinism,
M'sian, New Yorkers & Palestinians
duduk makan satu talam in Nizamuddin..

Saturday 26 March 2011

Wanita PELACUR masuk SYURGA

ada 1 cite , masa aku berdakwah an an (smlm),ustaz ada cite , ada seorang ppuan duduk kt arab , dia ni PELACUR, lps tu pada suatu mlm lar , time dia tgh jln kt padang pasir dia ternmpk sekor anjing yg tgh haga sgt2 , dia pun kesian dkt anjing itu lepas tu dia cari2 air berdekatan lps tu ternampak ada sebuah perigi then dia ambil lah air kt perigi tu , tapi airnya sangat dalam , then dia berusaha2 akhirnya dpat jugak air itu dan dia bg kt anjing tu air , pastu anjing tu blaaa ahh , ustaz tu cakap 'pelacur' tu msk syurga.. Sebab allah suka klu manusia yg ada Belas Kasihan kepada binatang :-o sapa2 yg pelacur tu boleh lah msk syurga hanya tidak menkhianat haiwan itu dan ada perasaan Belas Kasihan kepada binatang...

Sunday 20 March 2011

Ya Allah , Ampunkanlah dosa-dosaku sesungguhnya kau maha pengampun , Aku tahu aku byk buat dosa padamu YA ALLAH aku Mohon Pada mu YA ALLAH ampunkanlah dosa2 yg ku pernah buat
Pada mu YA ALLAH....:-(

Thursday 17 March 2011

haha baru buat blog ^_^ blog ni pun orang yang buat kan hahahaha sbb saya tak pandai buat blog hahahahaha okay dah habis bye thanks follow
^(00)^