Wednesday 3 August 2011

Kelebihan Ramadan

-Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi
(s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila
melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia
memuji Allah ( kerana kedatangan bulan rahmat
dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian
dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan
diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan
ini.

-Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya
dengan adanya malam Lailatul Qadar yang
dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan
pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang
yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar
dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa
kepada Allah, disamping sembahyangnya yang
sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.

-Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda
apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah
olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :
(Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan
aku dan telah menjadikan engkau, dan telah
menentukan bagi engkau pangkat-pangkat
(darjah) dan telah menjadikan engkau tanda
(kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya
bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan
firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu,
bahwa Aku telah merdekakan daripada api
neraka, atau dibacakan :
(Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan
keamanan dan keimanan dan dengan
keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan
engkau Allah.)

-Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga
berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun
ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan.
Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin
di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-
longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran
daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga
yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya
menawan seluruh perasaan nurani. Maka
berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di
atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah
bidadari : Adakah orang yang hendak meminang
kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah
malam ini namanya? jawab Malek Ridwan
(malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah
malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai
Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk
orang-orang yang berpuasa daripada umat
Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah
pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad
(s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan,
lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak
membinasakan umat Muhammad akan
puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap
malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang
meminta ampun? Akan Aku ampunkan!